Wednesday, February 23, 2011

HALA TUJU SELEPAS INI

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata ” FIKIRAN" , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”

“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.

KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.

“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.

” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Tuesday, February 22, 2011

trend meeting pkul 5

yuhhuuuuuu...sape2 yg baca post kali nie...diharapkan senyum+sengih2 la yer....hhahahah
senyum tak perlu kata apa2

alhamdulillah....skrg dh hampir ke penghujung bulan 2...tp claim opis still tak msuk2 lg nie...ape kes???yg pasti missgee tak claim ape2...hehehhe....nk bikin panas jer sebenarnya....ok2..."straight to the point ya"....errrrrmmmm sebut pasal meeting jer...suma opismate termasuk diriku nie akan stresssss.....S.T.R.E.S.S. sebut btoi2....SSTTTRREESSSSS....HAHAHHAHAHHAHAAH ----gaya org stress mcm missGee gelak....

bler kuantiti meeting terlalu byk sgt2..maka kadang kala kita terlepas dr fikirkan tentang KUALITI nya....yer btoi..kot yer pn klo nk meeting in detailing kn...tp kena pkir tentang output yang akan diperolehi....QUALITY is better than QUANTITY!!!!

Klo asyik meeting perkara yg sama cmner??? sape nk jawab???huhuhuh :)))----[]


biarlah tak sehebat mana pn event yg kita lakukan....jnji ianya terpahat dlm sanubari setiap insan.. kerjasama+kasih syg+responsibility+give n take= SUCCESSFUL+SWEET MEMORY..

last but not least.....
.
.
.
.
.

MASA ITU EMAS
.
.
.
.
.

P/S : rabu jer cmfirm missgee akan berlari2 sebab kejar masa nk g tuisyen...masa kena tepati..spaya kita tak dilabelkan sebagai MUNAFIK..

Thursday, February 17, 2011

Macam-macam roti ada tuan.....

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,

"Macam-macam roti ada tuan. Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

Friday, February 11, 2011

teady bear 1year....

elok2 jer after CNY...10februari2011..roadtax keta mati..huhuhuh....bler roadtax mati tue tndanya teady bear dh setahun bersama missGee...oohhhhh...pejam celik...pejam celik jer..dh setahun hasil tuaian missgee bersama MAYBANK!!heheeheh :) klo dlu..bler gaji jer...mesti shopping tak hengat dunia--->kata mak...tp semenjak ada keta...dh nmpak dh kemana hasil nyer kn....tak rugi langsung...malah menyenangkan....bleh gak la missgee jalan2 sorg2 kemana2 nk p...takyah la nk harapkn sgt org...hehehheh :)